Posts

Topik 1 : Mengurus Pembelajaran

Image
SITI NOR AIDA BINTI MAT RASHID D20172080643 Rumusan Topik : Pengurusan Pembelajaran Dalam Pengajaran Pengurusan pembelajaran membincangkan berkaitan dengan bagaimana guru memainkan peranan dalam memastikan setiap pengajaran dan pembelajarannya yang dilaksanakannya dapat mencapai objektif dan guru itu dapat menggunakan masa dengan baik untuk menggelakkan penggunaan masa tambahan semasa mengadakan sesi pengajaran tersebut.  Dalam topik ini kita akan dapat mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru, faktor pemilihan startegi pengajaran dan untuk mengenalpasti startegi terbaik yang digunakan oleh guru dalam pengurusan pembelajaran tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau mengurus keadaan manakala pembelajaran pula ialah sesuatu proses atau kegiatan belajar. Pada era moden ini, semua sekolah sudah mula menggunakan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK 21) dimana PAK 21 ini memerlukan murid untuk mempunyai kemahi

Topik 2 : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar

Image
NORSYAHFINA AZLINA BINTI SAHARUDDIN D20172080645 Rumusan   Topik 2 : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar Topik pengurusan dan pembelajaran pelajar ini membincangkan bagaimana seseorang guru menguruskan pembelajaran murid. Oleh itu,guru perlu memainkan peranan utama dalam aspek pengurusan bilik darjah bagi melahirkan insan yang cemerlang Pengurusan bilik darjah yang baik dan sistematik dapat meningkatkan keupayaan murid untuk belajar dan dapat menyelesaikan banyak masalah disiplin di sekolah.Masalah-masalah disiplin yang timbul ini berpunca daripada gaya pengajaran guru yang membosankan atau kurang kreatif dalam teknik pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Oleh itu, setiap guru perlulah mempelbagaikan kemahiran pengajaran dalam menjalankan tugas harian mereka di sekolah.Mereka perlu menjadi pakar dalam subjek yang diajar dan kemahiran mengawal tingkahlaku pelajar yang disruptif di bilik darjah agar proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di bilik darjah. Pe

Topik 3: Organisasi dan Kepimpinan

Image
NURSHUHADA BINTI WAHID D20172080637 Rumusan Topik : Organisasi dan Kepimpinan Topik Organisasi dan Kepimpinan membincangkan mengenai badan pentadbiran di sekolah yang akan menjadi penggerak kepada kejayaan sesebuah sekolah. Topik ini menerangkan tentang definisi gaya kepimpinan, organisasi sekolah, kepimpinan peringkat sekolah, dan kepimpinan guru. Secara ringkasnya, organisasi kepimpinan mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu yang mempunyai tujuan untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Pentadbiran di peringkat sekolah bermula dengan pengetua dengan dibantu oleh Penolong-penolong Kanan yang terdiri daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, seterusnya Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan juga pekerja-pekerja perkeranian. Murid-murid pula mempunyai peranan belajar dan menerima tunjuk ajar dari guru-guru. Gabungan komponen-komponen inilah yang menjadikan sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidik. Gaya kepimp

Topik 4 : Pengurusan Murid

Image
MUHAMAD SUHAIMI BIN NORDIN D20172080306 Rumusan  Topik 4 : Pengurusan Murid Pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi. Pengurusan murid merangkumi aspek yang luas misalnya aspek displin, kejayaan akademik serta sahsiah murid. Pihak pentadbiran sekolah perlu melakukan perancangan terlebih dahulu agar pengurusan murid menjadi lebih teratur dalam menguruskan perkara-perkara lain seperti menguruskan rekod murid, kesediaan murid belajar dan juga memotivasikan pelajar. Semua pihak yang terlibat di sekolah perlu bekerjasama sebagai sebuah organisasi dan antara pihak yang terlibat di dalam organisasi tersebut bagi memastikan proses pengurusan murid berjaya. Mengurus rekod murid boleh didefinisikan sebagai bidang pengurusan yang bertanggungja

Topik 5: Pengurusan Bilik Darjah

Image
SITI RAWIYAH AR-RAHMAH BT RAMLI D20172080417 Rumusan  Topik 5: Pengurusan Bilik Darjah Topik Pengurusan Bilik Darjah membincangkan mengenai perkara yang perlu diambil kira untuk menguruskan bilik darjah yang sesuai untuk pembelajaran dan juga bagaimana untuk mengurus tingkah laku pelajar. Topik ini menerangkan tentang definisi pengurusan bilik darjah , bilik darjah , tugas, kemahiran dan kemudahan serta empat kemahiran seorang guru yang perlu ada untuk menguruskan pengurusan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan pelbagai aspek seperti ciri peribadi seorang guru, rutin dan peraturan bilik darjah, iklim bilik darjah, dan hubungan antara   aspek pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadikan bilik darjah yang lebih kondusif, berkesan dan dapat diurus dengan cekap, guru seharusnya  mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih  dan  prihatin. Sebagai pengurus yang baik, tugas guru bukan ha

Topik 6: Pengurusan Sumber

Image
NORSYAHFINA AZLINA BINTI SAHARUDDIN D20172080645 Rumusan Topik 6:  Pengurusan Sumber Topik ini akan membincangkan mengenai pengurusan sumber yang dilakukan oleh pelajar dan juga guru. Sejajar dengan persekitaran sekolah yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran,seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilihsumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah. Seseorang guru perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber pengetahuanyang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya.Setiap sekolah akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio, pita video, perisian multimedia dan internet. Disamping itu juga, guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai hasil pengajaran yang terbaik.    Pengurusan juga terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satua