Topik 3: Organisasi dan Kepimpinan



NURSHUHADA BINTI WAHID
D20172080637



Rumusan
Topik : Organisasi dan Kepimpinan
Topik Organisasi dan Kepimpinan membincangkan mengenai badan pentadbiran di sekolah yang akan menjadi penggerak kepada kejayaan sesebuah sekolah. Topik ini menerangkan tentang definisi gaya kepimpinan, organisasi sekolah, kepimpinan peringkat sekolah, dan kepimpinan guru.
Secara ringkasnya, organisasi kepimpinan mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu yang mempunyai tujuan untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Pentadbiran di peringkat sekolah bermula dengan pengetua dengan dibantu oleh Penolong-penolong Kanan yang terdiri daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, seterusnya Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan juga pekerja-pekerja perkeranian. Murid-murid pula mempunyai peranan belajar dan menerima tunjuk ajar dari guru-guru. Gabungan komponen-komponen inilah yang menjadikan sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidik.
Gaya kepimpinan terbahagi kepada enam bahagian iaitu transaksional, demokratik, instruksional, transformasi dan laissez-faire. Gaya kepimpinan transaksional adalah kepimpinan yang mengarahkan usaha orang lain melalui tugas, ganjaran dan struktur. Pemimpin jenis ini mempunyai idea yang praktikal dan tidak akan membuat janji seandainya tidak mampu dilaksanakan. Bagi gaya kepimpinan demokratik lebih mementingkan interaksi dua hala yang mengutamakan suara ramai untuk membuat keputusan. Laissez faire menjadikan pengetua sebagai pemerhati dan memberi kebebasan kepada guru melaksanakan rancangan pengajaran dengan caranya. Gaya kepimpinan transformasi mempamerkan pemimpin memberi sokongan kepada pekerjanya dan lebih mudah didekati oleh pekerjanya.
Terdapat lima cara yang boleh dipraktiskan untuk menjadi pemimpin yang berkualiti iaitu menjadi teladan kepada orang lain (Model the Way), menyatakan visi kepada guru setiap hari (Inspired a Shared Vision), kesanggupan menghadapi cabaran (Challenge the Process), memberi motivasi kepada guru untuk melaksanakan tugasan dengan caranya (Enable Other to Acts) dan memiliki nilai kemanusiaan terhadap pelajar dan sesama guru (Encourage the heart).
Antara kepentingan amalan kepimpinan guru adalah sebagai penambahbaikan dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan pelajar, atribut dan kemahiran kepimpinan, membangun organisasi menerusi pengurusan dan pentadbiran, budaya kerjasama menyokong pembangunan pendidikan dan pembelajaran, pembelajaran professional untuk penambahbaikan berterusan, hubungan dan kerjasama komuniti dan pihak luar, dan menjadi teladan terbaik serta pemimpin yang dirujuk.  
Dalam bab ini juga menjelaskan beberapa teori utama dalam kepimpinan seperti kontigensi Fieldler dan teori Laluan Matlamat House. Umumnya, teori kontigensi Fieldler menghuraikan tiga dimensi kritikal menentukan tahap pemimpin berpengaruh iaitu kuasa, tugas dan hubungan. Teori Laluan Matlamat House menjelaskan tentang peranan pemimpin membentuk tugasan supaya pekerja mengikut satu laluan (matlamat). Teori ini dikategorikan kepada pemimpin karismatik, transformasi dan transaksional.
Kesimpulannya, kepimpinan seorang pemimpin atau pengetua bagi peringkat sekolah mempengaruhi budaya organisasi sekolah. Sehubungan itu, kepimpinan dalam organisasi yang sistematik dapat menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah.

Rujukan
 Kouzes, F. , Posner, B . , High, B. , Morgan,  M. Gary. (2013). The Student Leadership Challenge : Facilitation and Activity Guide. United States of America. Jossey-Bass Publisher
             Kouzers, M. J, Posner, Z. B. (2010). The Truth about Leadership : The No-Fads, Heart-of-the-Matter Facts You Need to Know. United States of America. Jossey-Bass Publisher
Nor Asma Sheirnawani Abdul Rahman, Mohd Asri Mohd Noor, Rohaila Yusof, Hamidah Yusof. (2015). Kesahan Model Amalan Kepimpinan. JuKu: Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik. Bil.3 Isu 2 (2-3). Dimuat turun daripada
Muhd Akmal Noor, Razaleigh Muhamat, Rosli Saadan, Zanariah Jano, A’dawiyah Ismail. (2015). Teori Gaya Kepimpinan Barat Diadaptasi daripada Teori Gaya Kepimpinan Islam (Al-Quran).  Jurnal Vol.8 No.1 (81-88). Dimuat turun daripada http://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/viewFile/2076/1238
(30 Oktober 2018)


Comments

Popular posts from this blog

Topik 14: Pembelajaran Abad Ke-21

Topik 2 : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar

Topik 8 : Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin