Topik 5: Pengurusan Bilik Darjah




SITI RAWIYAH AR-RAHMAH BT RAMLI
D20172080417


Rumusan 
Topik 5: Pengurusan Bilik Darjah

Topik Pengurusan Bilik Darjah membincangkan mengenai perkara yang perlu diambil kira untuk menguruskan bilik darjah yang sesuai untuk pembelajaran dan juga bagaimana untuk mengurus tingkah laku pelajar. Topik ini menerangkan tentang definisi pengurusan bilik darjah , bilik darjah , tugas, kemahiran dan kemudahan serta empat kemahiran seorang guru yang perlu ada untuk menguruskan pengurusan bilik darjah.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan pelbagai aspek seperti ciri peribadi seorang guru, rutin dan peraturan bilik darjah, iklim bilik darjah, dan hubungan antara aspek pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadikan bilik darjah yang lebih kondusif, berkesan dan dapat diurus dengan cekap, guru seharusnya mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik, tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tetapi, guru perlu berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, sihat, dan positif untuk menggalakkan pembelajaran pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.

Secara ringkasnya pengurusan bilik darjah mempunyai empat strategi dalam pengurusan bilik darjah iaitu secara transaksional, permisif, modifikasi tingkah laku pelajar dan juga persekitaran pembelajaran positif. Stategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan dan perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan (Benoit dan Trigeorgis,2011) 
.
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang baik tidak berlaku tanpa perancangan. Perancangan akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang menyenangkan.

Rujukan

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi . (2009). Pengajaran dan Pembelajaran . Pengurusan Bilik Darjah , 1-2.

Haliza Hamzah , Benoit & Trigeorgis. (2011). (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.


Comments

Popular posts from this blog

Topik 14: Pembelajaran Abad Ke-21

Topik 2 : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar

Topik 8 : Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin