Topik 1 : Mengurus Pembelajaran



SITI NOR AIDA BINTI MAT RASHID
D20172080643



Rumusan
Topik : Pengurusan Pembelajaran Dalam Pengajaran

Pengurusan pembelajaran membincangkan berkaitan dengan bagaimana guru memainkan peranan dalam memastikan setiap pengajaran dan pembelajarannya yang dilaksanakannya dapat mencapai objektif dan guru itu dapat menggunakan masa dengan baik untuk menggelakkan penggunaan masa tambahan semasa mengadakan sesi pengajaran tersebut.
 Dalam topik ini kita akan dapat mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru, faktor pemilihan startegi pengajaran dan untuk mengenalpasti startegi terbaik yang digunakan oleh guru dalam pengurusan pembelajaran tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau mengurus keadaan manakala pembelajaran pula ialah sesuatu proses atau kegiatan belajar. Pada era moden ini, semua sekolah sudah mula menggunakan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK 21) dimana PAK 21 ini memerlukan murid untuk mempunyai kemahiran abad 21 iaitu 4C yang merangkumi Communication, Collaboration, Creativity dan Critical thinking.
Untuk memastikan Pembelajaran Abad ke 21 ini dilaksanakan dengan baik, setiap guru perlu memainkan peranan yang penting iaitu menjadi pembimbing kepada pelajar, sebagai perancang pengajaran dan mewujudkan sifat ingin tahu dalam diri pelajar. Dalam hal ini, guru perlu merancang pengurusan masa dengan baik bagi menggelakkan berlakunya kekurangan masa atau terlebih masa dalam sesi penyampaian pengajaran pada hari tersebut. Hal ini penting bagi memasrikan tercapainya objektif pengajaran dan pembelajaran serta untuk menggelakkan berlakunya kekurangan masa dalam bilik darjah.
Antara kaedah terbaru yang digunakan oleh guru adalah Rainbow Group iaitu berlakunya perbincangan dengan ahli kumpulan lain dan akhir sekali mereka akan membawa idea itu untuk dibincangkan dalam kumpulan asal mereka. Seterusnya, kaedah Gallery Walk dimana konsepnya adalah one stay three stray yang memerlukan setiap ahli yang tinggal itu perlu menjelaskan idea kumpulan mereka manakala tiga lagi yang pergi ke kumpulan lain perlu mendapatkan maklumat dan mereka perlu berpatah balik ke kumpulan asal untuk berbincang dengan ahli yang ditinggalkan dalam kumpulan tersebut. Perbincangan akan menggelakkan pelajar daripada mejadi pasif kepada aktif di dalam kelas kerana berlakunya pergerakan dan hal ini akan menarik minat mereka untuk belajar. Bagi memastikan setiap pengurusan pembelajaran itu berjalan dengan berkesan guru hendaklah berinteraksi dengan pelajar, menyampaikan pengajaran yang sesuai, mengatur startegi yang berkesan dan lain-lain.  
Kesimpulannya, pengurusan pembelajaran perlu dititikberatkan oleh setiap guru bagi memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran itu dapat mencapai objektif pengajaran. Pelaksanaan pembelajaran terarah kendiri sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran sememangnya bersesuaian dan bertepatan sekali dengan usaha ke arah memantapkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar di Malaysia. Pengurusan ini juga penting untuk menggelakkan berlakunya pergaduhan kecil antara guru kerana disebabkan rakan sejawat telah menggunakan masanya. Bagi menggelakkan berlakunya perkara itu, guru perlulah merancang terlebih dahulu rancangannya itu sebelum masuk ke bilik darjah.

Rujukan
ArzzamNawawi. Pengurusan Pembelajaran KPS 3014. Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/arezamfisabilillah1/pengurusan-pembelajaran-kps3014 (29Oktober 2018)
Mohamod Zamri (Feb 2012). Trend Terkini Pengajaran Bahasa Di Pengurusan Tinggi: Satu Analisis.http://search-proquest-com.ezpustaka2.upsi.edu.my/docview/1953813060/fulltextPDF/5C93261E3F454CB9PO/8?accountid=13155 (1November 2018)
Khairul Azhar Mat Daud. Dimuat turun daripada http://umkeprints.umk.edu.my/2849/1/artikel%20Teniat%20FTKW.pdf (1 November 2018)

Comments

Popular posts from this blog

Topik 14: Pembelajaran Abad Ke-21

Topik 2 : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar

Topik 8 : Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin