Posts

Topik 7: Startegi Pengurusan Bilik Pembelajaran

Image
SITI NOR AIDA BINTI MAT RASHID D20172080643 Rumusan Topik 7: Startegi Pengurusan Bilik Pembelajaran Startegi pengurusan bilik pembelajaran membincangkan berkaitan bagaimana guru menguruskan atau menjadikan sebuah bilik atau tempat belajar itu dengan baik supaya dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau mengurus keadaan manakala pembelajaran pula ialah sesuatu proses atau kegiatan belajar.      Bilik pembelajaran boleh didefinisikan sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan tempat yang terpenting yang mesti ada di sekolah. Ia juga merupakan tempat dimana guru dan pelajar sama-sama berjuang untuk mencapai matlamat masing-masing. Bilik pembelajaran juga merupaka tempat dimana berlakunya interaksi antara guru dan murid. Pengurusan pula merupakan kerjasama yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam usaha untuk mencapai ...

Topik 8 : Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin

Image
NORSYAHFINA AZLINA BINTI SAHARUDDIN D20172080645 R umusan Topik 8 : Pengurus an Tingkahlaku dan Disiplin Tingkahlaku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarangperbuatan yangdilakukan sama ada secara terus atau tidak,secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku  boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkahlaku bermasalah kesatu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Jenis-jenis tingkah laku 1.  Tingkah laku positif  Merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka kan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2.  Tingkah laku negatif  Merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan ...

Topik 9: Pengurusan Penasihatan Murid

Image
SITI RAWIYAH AR-RAHMAH BT RAMLI D20172080417 Rumusan  Topik 9: Pengurusan Penasihatan Murid Topik Pengurusan Penasihatan Murid membincangkan dengan memberi tumpuan kepada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan juga kaunseling. Topik ini menerangkan tentang definisi dan konsep bimbingan, penasihatan dan mentoring. Selain itu, dapat mengenalpasti perbezaan antara bimbingan dan penasihatan dan juga kaunseling dan mengetahui 4 prinsip dalam pengurusan penasihatan murid. Secara ringkasnya pengurusan penasihatan murid mempunyai tiga komponen utama iaitu bimbingan lebih kepada proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman manakala penasihatan pula ialah ajaran atau petunjuk yang baik kepada seseorang. Seterusnya, kaunseling merupakan satu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar.  Krumboltz (George & Kristianni,   1990) , mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang berertika yan...

Topik 10: Pengurusan Pelbagai Budaya

Image
MUHAMAD SUHAIMI BIN NORDIN D20172080306 Rumusan  Topik 10: Pengurusan Pelbagai Budaya  Budaya bermaksud perbuatan atau aktiviti yang dilakukan sama ada baik atau buruk serta benda yang dimiliki dalam satu kelompok masyarakat. Pada pandangan Griffiths et al. (2017), budaya merupakan kata-kata seperti bercakap mengenai hal peribadi serta barang-barang yang berada di sekeliling kita seperti perhentian bas, telefon bimbit dan sebagainya. Menurut Griffiths et al. (2017), terdapat dua jenis budaya yang boleh diklasifikasikan iaitu budaya bersifat material iaitu merujuk kepada objek atau barang kepunyaan bagi satu kumpulan masyarakat dan budaya bersifat abstrak iaitu idea, sikap dan kepercayaan bagi satu kelompok masyarakat. Aspek material dan abstrak dalam budaya saling berkait antara satu sama lain dan selalunya objek fizikal memberi makna kepada idea bagi suatu budaya. Budaya sekolah pula bermaksud sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri dari seg...

Topik 11: Pengurusan Pelbagai Upaya

Image
NURSHUHADA BINTI WAHID D20172080637 Rumusan Topik : Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Topik Pengurusan Murid Pelbagai Upaya menerangkan tentang  jenis  masalah pembelajaran murid-murid iaitu pemulihan khas, pendidikan khas, pelbagai kecerdasan dan pengayaan. Dalam topik ini, mahasiswa/I dapat memahami, berbincang, menjelaskan dan membanding beza pengurusan murid pelbagai upaya. Ringkasnya, setiap guru harus mengambilkira 4 aspek iaitu isi kandungan, proses, produk dan persekitaran pembelajaran untuk memaksimumkan pembelajaran dalam bilik darjah. Isi kandungan bersesuaian dengan keperluan murid. Proses pula adalah pendekatan yang digunakan untuk murid mencapai objektif pembelajaran. Seterusnya, produk merupakan hasil pembelajaran yang dikuasai oleh murid diaplikasikan secara demonstrasi dan persekitaran pembelajaran adalah situasi dalam bilik darjah. Bagi kecerdasan pelbagai, menurut Howard Gardner (1983) manusia mempunyai sekurang-kurangnya la...

Topik 12: Sekolah dan Persekitaran

Image
SITI NOR AIDA BINTI MAT RASHID D20172080643 Rumusan Topik 12: Sekolah dan P ersekitaran Topik ini membincangkan tentang hubungan sekolah dan masyarakat, hubungan sekolah dan ibu bapa dan isu-isu pendidikan semasa. Sekolah merupakan tempat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Manakala bagi persekitaran pula ialah kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran sesebuah sekolah. Fungsi sekolah adalah untuk mencapai objektif dan matlamat social bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan dan dapat membentuk sahsiah diri yang baik.                Seterusnya persekitaran pula terbahagi kepada dua iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial. Dimana persekitaran fizikal merujuk kepada keadaan yang mempunyai susunan dan rekabentuk bilik darjah, sumber bahan pembelajaraan, pencahayaan, sudut pembelajaran, pengudaraan dan kebersihan. Persekitaran psikososial yang sihat...

Topik 13: Pengurusan Alam Pembelajaran

Image
NUR FARAHAIN BINTI ZAMRI D20172080392 Rumusan Topik 13: Pengurusan Alam Pembelajaran Alam pembelajaran didefinisikan sebagai sesuatu keadaan dan suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar pelajar dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kearah yang lebih positif dan tidak tahu kepada tahu. Alam pembelajaran pula bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar para pelajar dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kea rah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Pengurusan alam pembelajaran ini penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut. Isu dan permasalahan seringkali ada disesebuah sekolah seperti suasana pengajaran dan pembelajaran yang tidak selesa dan efisien.  Hal ini kerana, bilangan pelajar yang ramai dalam satu bilik darjah dengan ruang dan kawasan yang terhad . ...