Topik 13: Pengurusan Alam Pembelajaran




NUR FARAHAIN BINTI ZAMRI
D20172080392



Rumusan
Topik 13: Pengurusan Alam Pembelajaran


Alam pembelajaran didefinisikan sebagai sesuatu keadaan dan suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar pelajar dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kearah yang lebih positif dan tidak tahu kepada tahu. Alam pembelajaran pula bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar para pelajar dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kea rah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Pengurusan alam pembelajaran ini penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.

Isu dan permasalahan seringkali ada disesebuah sekolah seperti suasana pengajaran dan pembelajaran yang tidak selesa dan efisien. Hal ini kerana, bilangan pelajar yang ramai dalam satu bilik darjah dengan ruang dan kawasan yang terhad. Selain itu, terdapat juga segelintir guru yang tidak menitikberatkan pengurusan alam pembelajaran ini. Sebagai contoh, guru terlupa untuk mengambil kehadiran pelajar di dalam kelas, perhiasan di dalam kelas lambat dilaksanakan serta susunan meja kerusi di dalam bilik darjah tidak teratur.

Suasana di dalam kelas yang ceria dan tenang mampu meningkatkan perhatian murid di dalam kelas. Selain itu, ia dapat memudahkan guru mengendalikan kelas. Bilangan pelajar yang terlalu ramai memberikan impak negatif kepada pengurusan alam pembelajaran serta mengganggu pembelajaran. Antara kepentingan pengurusan alam pembelajaran, guru akan memastikan suasana pembelajaran dalam keadaan yang kondusif dan selesa agar setiap aktiviti yang dirancang dapat mencapai hasil dan objektif pembelajaran. Selain itu, guru dapat bersedia sebelum memasuki kelas untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan tidak pulang dengan tangan kosong.

Rujukan

Laporan 13, Pengurusan Alam Pembelajaran (2018)

Pengurusan Alam Pembelajaran (2015). Diperolehi daripada
https://prezi.com/kfa6tzvhhdjf/pengurusan-alam-pembelajaran/

Comments

Popular posts from this blog

Topik 14: Pembelajaran Abad Ke-21

Topik 2 : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar

Topik 8 : Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin