Topik 11: Pengurusan Pelbagai Upaya




NURSHUHADA BINTI WAHID
D20172080637




Rumusan
Topik : Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Topik Pengurusan Murid Pelbagai Upaya menerangkan tentang  jenis  masalah pembelajaran murid-murid iaitu pemulihan khas, pendidikan khas, pelbagai kecerdasan dan pengayaan. Dalam topik ini, mahasiswa/I dapat memahami, berbincang, menjelaskan dan membanding beza pengurusan murid pelbagai upaya.
Ringkasnya, setiap guru harus mengambilkira 4 aspek iaitu isi kandungan, proses, produk dan persekitaran pembelajaran untuk memaksimumkan pembelajaran dalam bilik darjah. Isi kandungan bersesuaian dengan keperluan murid. Proses pula adalah pendekatan yang digunakan untuk murid mencapai objektif pembelajaran. Seterusnya, produk merupakan hasil pembelajaran yang dikuasai oleh murid diaplikasikan secara demonstrasi dan persekitaran pembelajaran adalah situasi dalam bilik darjah.
Bagi kecerdasan pelbagai, menurut Howard Gardner (1983) manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi iaitu  visual-linguistik, logik-matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Bagi individu yang mempunyai kecerdasan verbal linguistik, pembelajaran berkesan melalui lisan. Kecerdasan logik-matematik menjadikan murid gemar belajar melalui kaedah inkuiri penemuan dan koperatif. Murid dengan kecerdasan visual ruang lebih berkesan belajar melalui kaedah tunjuk cara dan video manakala keberkesanan pengajaran murid dengan kecerdasan kinestetik ialah aktiviti simulasi. Kecerdasan muzik menjadikan murid gemar dengan aktiviti melibatkan tarian dengan berlatarkan muzik. Kecerdasan intrapersonal menyebabkan murid bijak dalam menghasilkan jurnal yang baik manakala kecerdasan interpersonal, pembelajaran koperatif lebih bersesuaian.
Murid Pemulihan Khas ialah kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. Program pendidikan inklusif adalah untuk murid-murid tang bermasalah pembelajaran ringan. Mereka akan mengikuti proses Pengajaran dan Pemudahcaraan dalam bilik darjah secara separa masa atau sepenuh masa. Terdapat 3 alternatif yang digalakkan untuk mewujudkan kelas pemulihan iaitu sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan boleh diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang. Yang kedua ialah sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang. Yang ketiga ialah sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Selain itu, kesesuaian dari segi keselesaan ruang dengan bilangan murid, pencahayaan, penyusunan perabot dengan ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat. Peringkat Proses Pengajaran Pemulihan terdiri daripada empat peringkat iaitu mengenalpasti pelajar lemah dan masalah pembelajaran mereka, menentukan punca dan sebab kelemahan mereka, memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif) dan menilai kejayaan program pemulihan.
Pengurusan Pengayaan merupakan tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Prinsip pendidikan pengayaan dalam bilik darjah memberi penekanan bahawa guru harus mengambilkira  beberapa perkara dalam usaha menyediakan aktiviti pengayaan seperti  menekankan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.
Kaedah mengenalpasti kanak-kanak luar biasa ialah penapisan (screening) iaitu memerhati  di bilik darjah dan standardized group assessment tool. Langkah 2 ialah pencalonan (Referral) melaksanakan Penilaian Pendidikan Khas dengan kebenaran ibubapa. Langkah 3 ialah penilaian melalui ujian saringan bertujuan mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program khas. Langkah 4 ialah kelayakan dilakukan selepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan, pasukan ini harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk menerima Pendidikan Khas.  
Jenis-jenis penempatan murid-murid berkeperluan khas ialah bilik resos, kelas biasa, sekolah khas, pengajaran berdasarkan rumah/hospital dan pemulihan dalam komuniti. Amalan yang diaplikasikan dalam kelas biasa ialah Model Konsultansi iaitu guru khas memberi nasihat kepada guru biasa tentang pengurusan dan pengajaran murid khas. Bagi penempatan bilik resos turut dikenali dikenali sebagi program ‘pull out’, pelaksanaannya ialah murid di kelas biasa di tarik keluar dari kelas untuk menerima pengajaran akademik (secara individu atau kumpulan). Bagi kelas khas atau dikenali sebagai self-contained class dilaksanakan dengan menempatkan murid  dalam kelas bersama-sama murid lain yang juga dari kategori yang sama (program integrasi). Pengajaran berdasarkan rumah/hospital dilaksanakan dengan guru pendidikan khas pergi ke rumah murid atau ke hospital untuk mengajar murid. Biasanya perkhidmatan sedemikian adalah buat sementara sehingga murid sedia pulang ke sekolah. Bagi penempatan Pemulihan dalam komuniti, pendidikan disediakan di tempat tinggal murid.
Empat komponen penting dalam pengajaran kanak-kanak khas ialah persekitaran, kurikulum, kaedah pengajaran dan penilaian. Persekitaran melibatkan kemudahan dan kos - contoh: bilik resos, guru khas/resos, peralatan khas dan peralatan pembelajaran. Kaedah pengajaran seperti individu, analisis tugasan, pengurusan kontingen, modifikasi tingkah laku, pembelajaran kooperatif dan aplikasi komputer. Penilaian merupakan satu proses yang sistematik dalam mengumpul maklumat yang relevan dengan pendidikan terdiri daripada penilaian sumatif dan penilaian formatif.
Kesimpulannya, topik pengurusan murid pelbagai upaya memberi perincian terhadap peranan guru dalam mengendalikan murid-murid yang terdiri daripada kecerdasan pelbagai, pemulihan khas dan pendidikan khas. Pengurusan yang sistematik dan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid-murid tersebut dapat menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.











Rujukan
            Ekins, A. (2015). The Changing Face of Special Educational Needs : Impacts and Implications for sencos, teachers and their Schools. New York. Routledge Publisher
              Mitchell, D. (2014). What Really Works in Special and Inclusive Education : Using Evidence-Based Teaching Strategies. New York. Routledge Publisher
Noor Aini Ahmad. (2014). Pengurusan Program Pendidikan Inklusif bagi Murid Bermasalah Pembelajaran : Kajian Secara Naratif Inkuiri. Jurnal Pengurusan Penyelidikan. Isu 1. Bil.3 (hlm.38-52) Dimuat turun daripada (30 Oktober 2018)
           Minder Kaur. (2017). To Recognise, Realise and Differentiate the Learning Needs of Students. Isu 25. Bil.2 (Hlm.503-510) Dimuat turun daripada
Roslan Chin dan Nurahimah Yusoff. (2017). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa untuk Menguasai Kemahiran Membaca dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas. hlm.28-29 Dimuat turun daripada http://repo.uum.edu.my/22548/1/ICSoTL%202017%2035%2047.pdf 
(30 Oktober 2018)



Comments

Popular posts from this blog

Topik 14: Pembelajaran Abad Ke-21

Topik 2 : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar

Topik 8 : Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin