Topik 9: Pengurusan Penasihatan Murid



SITI RAWIYAH AR-RAHMAH BT RAMLI
D20172080417



Rumusan 
Topik 9: Pengurusan Penasihatan Murid


Topik Pengurusan Penasihatan Murid membincangkan dengan memberi tumpuan kepada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan juga kaunseling. Topik ini menerangkan tentang definisi dan konsep bimbingan, penasihatan dan mentoring. Selain itu, dapat mengenalpasti perbezaan antara bimbingan dan penasihatan dan juga kaunseling dan mengetahui 4 prinsip dalam pengurusan penasihatan murid.

Secara ringkasnya pengurusan penasihatan murid mempunyai tiga komponen utama iaitu bimbingan lebih kepada proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman manakala penasihatan pula ialah ajaran atau petunjuk yang baik kepada seseorang. Seterusnya, kaunseling merupakan satu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar. Krumboltz (George & Kristianni, 1990), mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang berertika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien.

Kesimpulannya, peranan penasihat adalah sangat penting kepada pengekalan pelajar dan kepuasan pelajar terhadap insititusi (Lowe & Toney, 2000) Selain itu, bimbingan, penasihatan , dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunapakai untuk membantu pelajar-pelajar dalam aspek-aspek pembelajaran dalam kehidupan. Ketiga-tiga kaedah ini dikenalpasti sebagai satu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan anatara tujuan utama adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik serta memotivasikan pelajar.


Rujukan
  
Noriadah Abdul Karim, Hamdan Said, Norashuha Tajuddin, (Lowe & Toney, 2000. (2013 ). International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013). Kepuasan pelajar terhadap penasihat akademik , 2-3. 

Mohd Salleh Lebar, Krumboltz (George & Kristianni, 1990). (2012). Perkhidmatan dan kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling . Brunei: Pusat Penerbitan Kolej Perguruan Ugama Seri Begawa.

Comments

Popular posts from this blog

Topik 14: Pembelajaran Abad Ke-21

Topik 2 : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar

Topik 8 : Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin