Topik 12: Sekolah dan Persekitaran

SITI NOR AIDA BINTI MAT RASHID
D20172080643


Rumusan
Topik 12: Sekolah dan Persekitaran

Topik ini membincangkan tentang hubungan sekolah dan masyarakat, hubungan sekolah dan ibu bapa dan isu-isu pendidikan semasa. Sekolah merupakan tempat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Manakala bagi persekitaran pula ialah kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran sesebuah sekolah. Fungsi sekolah adalah untuk mencapai objektif dan matlamat social bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan dan dapat membentuk sahsiah diri yang baik.
               Seterusnya persekitaran pula terbahagi kepada dua iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial. Dimana persekitaran fizikal merujuk kepada keadaan yang mempunyai susunan dan rekabentuk bilik darjah, sumber bahan pembelajaraan, pencahayaan, sudut pembelajaran, pengudaraan dan kebersihan. Persekitaran psikososial yang sihat adalah tentang keadaan tempat pembelajaran pelajar tersebut selesa dan aman serta bebas daripada gangguan  yang menjadi ancaman pelajar tersebut. Faktor bersih, cantik, selamat dan cukup ruang belajar amat penting kerana ia mempengaruhi psikologi dan emosi warga sekolah sama ada guru-guru, pelajar atau kakitangan sokongan. Oleh yang demikian, untuk memastikan tahap kebersihan, kecantikan dan keceriaan kawasan sekolah dapat dikekalkan pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas dan juga taman-taman yang telah ditentukan persatuan-persatuan yang menjaganya. Seterusnya, kelas ataupun persatuan yang dapat mengekalkan kebersihan dan keceriaan tersebut diberi pengiktirafan semasa perhimpunan
          Hubungan sekolah dengan masyarakat dapat dilihat melalu peranan sekolah itu sendiri. Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran. Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat. Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan  saling bergantung dengan pihak luar. Sekolah melibatkan proses sosialisasi si mana kanak-kanak belajar tentang perlakuan masyarakat nya dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka. Pendidikan diangganp sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis. Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalka corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat.
Hubungan sekolah dan ibu bapa atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat ditunjukkan melalui peranan dan gerak kerja persatuan tersebut. Ia dapat mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru dan dapat membantu dalam memajukan perkembangan murid. Selain itu PIBG juga mejaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan sekoah dan untuk menjayakan aktiviti serta program pendidikan.
                Kita seringkali mendengar isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan. Bukan sahaja pada abad ke 21, malah ia sering terjadi dan yang paling parah adalah apabila isu tersebut disalahkan kepada pengajar atau pendidik. Pada kebiasaannya, isu ini merangkumi masalah atau isu yang berkaitan dengan guru, pelajar dan sistem pendidikan yang dijalankan di Malaysia.
Kesimpulannya, untuk menjadikan sekolah sebuah tempat yang aman , semua pihak haruslah bekerjasama tidak kira guru, ibu apa, pelajar ataupun masyarakat itu sendiri. Jika semua pihak melepaskan begitu saja ia akan merosakkan persekitaran sekolah. Hal ini memerlukan adanya hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa setrta masyarakat. Hal ini kerana, sekolah adalah tempat untuk anak-anak bangsa menimba atau memperolehi ilmu untuk digunakan pada masa hadapan.


Rujukan

Nur Asmidar. Sekolah dan Persekitaran. Dimuat turun daripada https://prezi.com/wreexehqehkl/sekolah-dan-persekitaran/ (30 Oktober 2018)
Ahmad Zabidi Abdul Razak . Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Dimuat turun daripada https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00005891_84628_63564.pdf (30 Oktober 2018)




Comments

Popular posts from this blog

Topik 14: Pembelajaran Abad Ke-21

Topik 8 : Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin

Topik 2 : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar