Topik 14: Pembelajaran Abad Ke-21







MUHAMAD SUHAIMI BIN NORDIN
D20172080306

Rumusan 
Topik 14: Pembelajaran Abad Ke-21


Topik 14: Pendidikan Abad ke-21 (PAK 21)

Pendidikan Abad ke-21 ialah guru menggunakan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan berpusatkan pelajar iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka sesuatu yang baharu serta menekan elemen penggunaan teknologi terkini dan aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kaedah ini bagi menggantikan kaedah konvensional iaitu kaedah pembelajaran berpusatkan guru atau “chalk and talk” semata-mata di dalam kelas. Kaedah pembelajaran berpusatkan murid memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan, menilai dan mensintesiskan maklumat daripada sumber-sumber yang luas ditambah dengan pembinaan soft skills dan menghormati budaya lain. Guru pula bertindak sebagai pemudahcara untuk memastikan kelancaran aktiviti di dalam kelas dan rujukan kepada murid untuk menjelaskan sesuatu yang pelajar tidak tahu.
Prinsip pembelajaran abad ke-21 yang ditekankan kini adalah berteraskan kepada 4C iaitu Collaborative (Kolaboratif), Communication (Komunikasi), Critical Thinking (Pemikiran Kritis) dan Creativity (Kreativiti). Mengikut Program Transformasi Sekolah 2025, prinsip pembelajaran abad ke-21 yang perlu ditekankan selaras dengan Pedagogi Terkini Pembelajaran Mendalam Brauer College adalah berteraskan 6C iaitu prinsip 4C yang sedia ada ditambah dengan Character (Karakter) dan juga Citizenship (Kewarganegaraan). Prinsip Character adalah pelajar menggunakan ilmu atau kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalahnya serta tabah dalam meneruskan kelangsungan hidupnya. Prinsip Citizenship pula adalah berfikir seperti warga global, mengingati isu-isu global berdasarkan pemahaman yang mendalam tentang nilai-nilai dan pandangan dunia yang pelbagai, dan dengan minat serta keupayaan yang tulen untuk menyelesaikan masalah dunia nyata yang rumit dan kompleks yang mampu memberi kesan kepada kemapanan manusia dan alam sekitar.
Bagi memantapkan konsep 6C dalam diri pelajar ketika berlangsung proses pembelajaran dan pemudahcaraan, Fullen (1993) telah mengemukakan tiga elemen utama dalam Pedagogi Terkini iaitu pembelajaran partnership (guru dan murid), tugasan pembelajaran mendalam dan peralatan digital dan sumber. Pembelajaran partnership antara guru dengan murid bermaksud guru mempelajari sesuatu daripada murid dan juga sebaliknya. Guru perlu bertindak sebagai pengaktif di dalam kelas dengan menggunakan kaedah reciprocal teaching; maklum balas murid; parking lot; sudut OPEM dan kriteria pembelajaran; metakognisi dan 1 Classroom Traffic Light. Melalui kaedah ini, guru dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya dan belajar sesuatu daripada murid dan perkara yang sama berlaku juga terhadap murid. Tugasan pembelajaran mendalam merupakan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dan guru bersama-sama bagi memenuhi kompetensi 6C. Bagi memenuhi keperluan dalam Revolusi Perindustrian 4.0, pelajar dan guru kini perlu tahu menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang ada di sekeliling dan menjadi seorang yang celik IT.
Terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah abad ke-21 antaranya adalah susun atur di dalam kelas, sosial dalam kelas dan emosi guru dan murid di dalam kelas. Yang pertama ialah guru perlu tahu susun atur di dalam kelas yang bersesuaian dengan jumlah murid dan saiz bilik darjah. Jenis corak duduk murid antaranya adalah bentuk kumpulan, gaya auditorium, seminar dan lain-lain serta peralatan yang lengkap memainkan peranan agar memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pemudahcaraan berkesan. Yang kedua adalah keadaan sosial di dalam kelas. Guru perlu menetapkan peraturan di dalam kelas untuk membentuk disiplin dan karakter pelajar yang berkualiti serta menggunakan komunikasi pelbagai hala ketika menyampaikan ilmu agar pelajar tidak berasa bosan. Dari segi emosi pula, gaya kepimpinan dan cara penyampaian ilmu oleh guru mempengaruhi suasana di dalam kelas. Sekiranya guru tidak pandai menarik perhatian murid, suasana di dalam kelas akan menjadi bosan dan timbul perasaan kurang berminat untuk belajar terhadap pelajar.
Akhir sekali, kaedah mengajar abad ke-21 memberi banyak faedah berbanding kaedah konvensional akan tetapi terdapat banyak cabaran dalam melaksanakannya. Antaranya adalah menghubungkan jurang ilmu antara guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran, budaya generasi abad ke-21 yang aktif menggunakan media sosial, hubungan yang renggang antara murid Islam dan bukan Islam, kesediaan guru-guru dalam membina daya pemikiran murid untuk menyelesaikan masalah secara berkesan dan inovatif serta penggunaan pelbagai teknologi seperti kemudahan Internet mengurangkan nilai kemanusiaan dan unsur kemanusiaan.

Rujukan
Ab Halim Tamuri, Nur Hanani Hussin. (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya: Cabaran dan Harapan. Seminar Pedagogi Antarabangsa ke-8 (PEDA8). Abstrak diperoleh daripada URL: https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan
Mohd Yusoff Walat. (2016). Kelas abad ke 21. [Slaid pembentangan]. Diperoleh daripada URL: https://www.slideshare.net/pkgmuda/kelas-abad-ke-21-61271213
Wong, K.W., Noriati A. Rashid, Boon, P.Y. (2018). Siri Pendidikan Guru: Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru (Edisi Kedua). Selangor, Malaysia : Oxford Fajar Sdn. Bhd.






Comments

Popular posts from this blog

Topik 2 : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar

Topik 8 : Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin