Topik 8 : Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin

NORSYAHFINA AZLINA BINTI SAHARUDDIN
D20172080645


Rumusan
Topik 8 : Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin
Tingkahlaku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarangperbuatan yangdilakukan sama ada secara terus atau tidak,secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkahlaku bermasalah kesatu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.

Jenis-jenis tingkah laku

1.  Tingkah laku positif 
Merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka kan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.  Tingkah laku negatif 
Merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka mengganggu rakan lain dan sering memberontak dalam kelas.

Definisi disiplin menurut Abdullah Sani (2005) disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani,rohani dan social supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat. Disiplin adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.Disiplin ialah peraturan yang dipersutujui oleh kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat.Disiplin juga merujuk cara pemikiran yang mempengaruhi sifatrasional dan keyakinan diri.Menurut Charles (2002),disiplin dalam bilik darjah yang baik memerlukan pengurusan bilik darjah yang sempurna supaya dapat mengurangkan gangguan dan memudahkan pembelajaran yang diikutioleh pelajar.

Bentuk disiplin

1. Disiplin asas
 Melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar.
• Mematuhi peraturan
-Peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi-institusi bukan formal dan formal yang wujud dalam masyarakat demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup seharian.

2.  Disiplin instrinsik/ Kendiri
 Atau kendiri adalah disiplin yang lahir daripada dalam individu.
• Disiplin jenis  ini merangkumi sifat empati, mempunyai kesedaran sivik, moral,agama dan pergaulan
yang tinggi dalam masyarakat.

 Teknik Pengurusan Tingkahlaku

1. Peneguhan
Merujuk kepada rangsangan dan gerak balas.Rangsangan ialah pencetus,manakala gerak balas ialah perlakuan hasil tindak balas dari pencetus.Dalam teori tingkahlaku pelaziman operan Skinner ialah proses untuk meningkatkan atau menurunkan kadar satu-satu tingkahlaku dengan cara menetapkan kesan pengukuhan atau hukuman bagi tingkahlaku tersebut.Peneguhan positif menggalakkan peneguhan yang baik seperti memberi ganjaran setelah  perlakuan ditunjukkan .Peneguhan negatif adalah rangsangan yang tidak menyenangkan atau menyakitkan selepas sesuatu tingkahlaku ditujukkan.

2.  Dendaan
Dendaan adalah proses mengurangkan tingkahlaku yang diingini, individu berhenti melakukan tinglahlaku kerana ia mendatangkan kesan yang tidak diingini.Tujuan dendaan adalah untuk menghentikan tingkahlaku negatif dan ia membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.

3.  Reverse Psychology
Merupakan kaedah psikologi untuk memodifikasikan tingkahlaku negatif kepada positif.Teknik ini memerlukan guru memahami psikologi murid serta mengenalpasti sikap,pandangan dan pemikiran dalamannya.Tujuannya untuk menginsafkan murid agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif untuk membentuk tingkahlaku yang diingini.

4.  Pengasingan
Teknik di mana murid disuruh keluar dari bilik darjah atau dimasukkan di dalam kelas detensi untuk menjalani hukuman yang ditetapkan oleh guru.Dalam teknik ini guru tidak akan memberikan perhatian kepada tingkahlaku bermasalah sehinggalah mereka berubah.

Kepentingan mengurus tingkahlaku dan disiplin ialah dapat  melahirkan pelajar yang bersifat sanggup melaksanakan tanggungjawab kepada diri,keluarga,masyarakat dan negara. Seterusnya dapat mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin,berkesan dan ceria. Selain itu, hubungan antara pelajar dan guru dapat diperbaikan dan mewujudkan kemesraan disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Akhir sekali, dapat melatih pelajar dengan nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab,kasih sayang, bekerjasama, hormat-menghormati dan sebagainya.

Kesimpulannya, tingkahlaku bermasalah haruslah ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah . Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid di sekolah.Memodifikasikan tingklahlaku ialah satu strategi penting yang boleh digunakan oleh guru yang mana tingkahlaku yang dikehendaki diteguhkan melalui peneguhan positif dan tingkahlaku yang tidak dikehendaki dihapuskan atau dikurangkan melalui peneguhan negatif.

Rujukan
Tingkahlaku dan Disiplin
Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin Murid
SIKAP GURU TERHADAP DISIPLIN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, TAHAP PENGETAHUAN, TAHAP PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP KEMAHIRAN GURU

Comments

Popular posts from this blog

Topik 14: Pembelajaran Abad Ke-21

Topik 2 : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar