Topik 10: Pengurusan Pelbagai Budaya
MUHAMAD SUHAIMI BIN NORDIN
|
D20172080306
|
Rumusan
Topik 10: Pengurusan Pelbagai Budaya
Budaya bermaksud perbuatan atau aktiviti yang dilakukan sama ada baik atau buruk serta benda yang dimiliki dalam satu kelompok masyarakat. Pada pandangan Griffiths et al. (2017), budaya merupakan kata-kata seperti bercakap mengenai hal peribadi serta barang-barang yang berada di sekeliling kita seperti perhentian bas, telefon bimbit dan sebagainya. Menurut Griffiths et al. (2017), terdapat dua jenis budaya yang boleh diklasifikasikan iaitu budaya bersifat material iaitu merujuk kepada objek atau barang kepunyaan bagi satu kumpulan masyarakat dan budaya bersifat abstrak iaitu idea, sikap dan kepercayaan bagi satu kelompok masyarakat. Aspek material dan abstrak dalam budaya saling berkait antara satu sama lain dan selalunya objek fizikal memberi makna kepada idea bagi suatu budaya.
Budaya sekolah pula bermaksud sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri dari segi norma institusi, struktur, sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk membentuk organisasi tersendiri. Budaya sekolah di Malaysia boleh diklasifikasikan tiga jenis iaitu budaya instrumental, budaya ekspresif dan budaya moral. Budaya instrumental adalah pengumpulan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk lulus di dalam peperiksaan di samping menghasilkan pelajar dan warganegara yang baik dan sempurna. Budaya instrumental juga mengutamakan matlamat masa hadapan para pelajar. Budaya ekspresif pula adalah memuaskan kehendak kreatif dan seni para pelajar untuk menghilangkan ketegangan, serta meluahkan tenaga tanpa sebarang kawalan daripada kakitangan sekolah. Contoh aktiviti ialah seperti menari, melukis, atau bermain muzik mengikut kecenderungan dan minat masing-masing. Budaya moral adalah melahirkan pelajar bermoral yang berkemampuan membuat pertimbangan tentang beberapa tindakan atau tingkah laku yang betul atau salah. Sekolah menghukum setiap kesalahan dan memberikan ganjaran seperti hadiah kepada yang betul atau baik.
Dari segi budaya antara kaum dan agama, pelajar-pelajar yang terdiri daripada kaum Melayu dan India lebih menggemari duduk dan berkomunikasi sesama kaum mereka sendiri dengan menggunakan loghat atau bahasa ibunda mereka. Majoriti pelajar lebih selesa bergaul dengan rakan daripada kaum yang sama dan semua bentuk interaksi seperti pengalaman peribadi, perbincangan agama, budaya dan hobi serta perkongsian rahsia lebih menjurus kepada rakan daripada kaum yang sama. Oleh itu, wujud jurang sosial yang tinggi dalam kalangan murid dan hasil kajiannya dapat membuktikan bahawa pembentukan ruang interaksi dalam kalangan murid lebih terarah kepada sesama etnik berbanding merentasi etnik. Peningkatan interaksi ini pula mengukuhkan persahabatan dalam kalangan murid daripada etnik yang sama. Pelajar-pelajar daripada agama lain menghormati pelajar-pelajar Islam ketika sesi bacaan doa dimulakan. Kebiasaan pelajar-pelajar bukan Islam akan bertafakur dan membaca doa mereka di dalam hati. Hal ini dapat memupuk nilai bertoleransi dan hormat menghormati dalam diri setiap pelajar walaupun berbeza kepercayaan dan pandangan dalam agama masing-masing. Tambahan pula, suasana harmoni dan aman dapat diwujudkan di dalam kelas tanpa ada sifat bias dalam agama.
Dari segi budaya penginteraksian antara guru dan murid, Menurut Suresh Kumar N Vellymalay (2016) yang memetik kata-kata daripada Murray & Murray (2004), Saft & Pianta (2001) dan Murray et al (2008), kekuatan hubungan antara guru dan murid bergantung pada kekuatan dan keperluan murid, tingkah laku dan pengalaman lepas murid dan guru serta pengaruh sosial dalam membolehkan murid menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah. Hubungan yang baik antara guru dan murid juga memberi kesan terhadap emosi, tingkah laku dan pencapaian akademik murid.
Akhir sekali, dari segi budaya belajar mengikut jantina, pelajar lelaki kurang memberi perhatian semasa proses PdPc sedang berlangsung berbanding pelajar perempuan. Ketika guru sedang menerangkan set induksi, pelajar lelaki sedang membuat kerja sendiri seperti berbual dan membuat doodle art manakala pelajar perempuan memberi fokus terhadap penerangan yang disampaikan oleh guru mereka. Dari segi perbincangan dalam kumpulan pula, pelajar perempuan lagi terserlah dalam perbincangan berbanding pelajar lelaki. Hal ini dapat dilihat melalui pemantauan setiap kumpulan, pelajar perempuan lebih berfokus dan bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kerja manakala pelajar lelaki pula lebih berkonsepkan santai dalam menyiapkan kerja. Tambahan pula, pelajar perempuan lebih cenderung untuk bertanya sesuatu ketidakpastian berbanding pelajar lelaki. Pelajar lelaki hanya bertanya sekiranya guru itu datang memantau kumpulan mereka. Setiap individu mempunyai cara belajarnya tersendiri tapi dari segi perspektif jantina, trait personaliti dalam belajar hampir sama bagi lelaki dan perempuan. Menurut Nur Fadilah Abdul Basit, Isa Hamzah dan Harun Baharudin (2017), berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Politzer (1983), pelajar perempuan lebih banyak mengaplikasikan strategi pembelajaran sosial daripada pelajar lelaki dalam penggunaan strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang membawa maksud pelajar perempuan lebih banyak berinteraksi di dalam kelas berbanding pelajar lelaki. Menurut Nur Fadilah Abdul Basit et al. (2017) juga, mengambil pendapat Cross (1983),
Perbezaan jantina dalam pencapaian bahasa sasaran mempunyai perkaitan dengan jantina guru bahasa yang bertindak sebagai “role model”. Kajian melibatkan para pelajar bahasa Perancis di Amerika di mana majoriti guru bahasanya adalah perempuan. Kesan interaksi antara jantina guru perempuan menjadi model ikutan positif untuk pelajar perempuan, tetapi tidak bagi pelajar lelaki. Hasilnya, pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB kesan daripada interaksi jantina tersebut. (m/s 48)
Rujukan
Griffiths, H., Keirns, N., Stray, E., Cody-Rydzewski, S., Scaramuzzo, G., Sadler, T., . . . Jones,
F. (2017). Introduction to Sociology 2e. Texas, USA: OpenStax. Retrieved from URL :
https://openstax.org/details/books/introduction-sociology-2e
Gruenert, S., Whitaker, T. (2015). School Culture Rewired: How to Define, Assess, and Transform It. Virginia, USA: ASCD
Nur Fadilah Abdul Basit, Isa Hamzah, Harun Baharudin. (2017). Strategi Kognitif dalam
Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 6, Issue 1, 41-51
Nur Fazihan Faiz Kamaruzaman. (2013). Budaya sekolah. Diperoleh daripada URL : https://www.slideshare.net/nurfazihanfaizkamaruzaman/budaya-sekolah-21197380
Suresh Kumar N Vellymalay. (2016). Keberkesanan Hubungan Guru Kelas-Murid Dalam
Merangsang Kesedaran Terhadap Integrasi Etnik Dalam Kalangan Murid Di Bilik Darjah. Jurnal Ilmi 6, 69-88
Best Casinos in New York - MapYRO
ReplyDeleteFind the best casinos in New 김포 출장마사지 York. We rank 영주 출장샵 and review the best Casinos in New 전주 출장마사지 York, including the newest and the 오산 출장샵 newest 서귀포 출장샵 slots.