Topik 1 : Mengurus Pembelajaran
SITI NOR AIDA BINTI MAT RASHID D20172080643 Rumusan Topik : Pengurusan Pembelajaran Dalam Pengajaran Pengurusan pembelajaran membincangkan berkaitan dengan bagaimana guru memainkan peranan dalam memastikan setiap pengajaran dan pembelajarannya yang dilaksanakannya dapat mencapai objektif dan guru itu dapat menggunakan masa dengan baik untuk menggelakkan penggunaan masa tambahan semasa mengadakan sesi pengajaran tersebut. Dalam topik ini kita akan dapat mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru, faktor pemilihan startegi pengajaran dan untuk mengenalpasti startegi terbaik yang digunakan oleh guru dalam pengurusan pembelajaran tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau mengurus keadaan manakala pembelajaran pula ialah sesuatu proses atau kegiatan belajar. Pada era moden ini, semua sekolah sudah mula menggunakan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK 21) dimana PAK 21 ini memerlukan murid untuk mempunyai ke...